Season Parking Application Form: Click Here
PARKING TERMS & CONDITIONS
CONDITIONS OF ENTRY
The Car Park is operated by Bukit Kiara Holdings Sdn Bhd (Company No. 200001017363 (519970-P)) (“BKH”) under licence no. DBKL.JPPP/02049/07/2026/TK01 issued by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. By entering the Car Park you accept these Conditions of Entry.
1. Entry is a licence to park, not a letting. Entering the Car Park gives you a revocable licence to park one vehicle in accordance with these conditions. It gives you no interest in land, no right to any particular bay and no right of exclusive possession. No bailment arises and BKH does not take custody of your vehicle or of anything in it.
2. Your vehicle is parked at your own risk. BKH does not undertake to guard, watch or supervise any vehicle. The presence of closed circuit television, licence plate recognition, barriers, lighting or security personnel is not any such undertaking. You should insure your vehicle and its contents. Do not leave valuables in your vehicle.
3. Liability. BKH, the owner of the Car Park and their employees, agents and contractors are not responsible or liable for loss of or damage to any vehicle or its contents, or for any loss or injury to any person, arising from the use of the Car Park. This does not apply to loss, damage or injury caused by the negligence or wilful default of BKH or its employees or agents. Nothing in these conditions excludes or limits any liability that cannot lawfully be excluded or limited, including liability for death or personal injury caused by negligence, or for fraud.
4. Charges. Parking charges are those displayed at the entrance and at the autopay machines. The charge is payable before you leave. The Car Park uses licence plate recognition and no parking ticket is issued. Every rate and every change of rate is notified to Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Where there is no entry record for a vehicle, the charge for the first block displayed is payable. Where Management is satisfied that the absence of an entry record is attributable to an act or omission of the driver, the unrecorded entry charge displayed at the entrance and at the autopay machines is payable instead. An act or omission of the driver includes entering the Car Park behind another vehicle without a separate entry being recorded, and a registration plate that is missing, obscured, defaced or altered, or that does not match the vehicle. The barrier will not open until the charge is paid. If the driver produces evidence of the actual time of entry which Management accepts, only the charge for that time is payable.
5. How you must park. Park only within a marked bay, inside the lines, headed in the direction indicated. Do not park in a reserved bay, a bay marked for disabled persons or OKU without displaying the required authority, a loading bay, a fire access route, a ramp, an aisle or any area marked as restricted.
6. How you must drive. Observe the posted speed limit, all traffic signs and directions, and the instructions of the Car Park staff. Give way to pedestrians at all times. Drivers must hold a valid driving licence and the vehicle must be validly registered, insured and road-taxed.
7. What you must not do. Do not repair, wash, service or valet a vehicle in the Car Park. Do not store goods. Do not loiter, litter, smoke or sell anything. Do not use the Car Park for e-hailing staging, vehicle dealing, driving instruction or any other commercial purpose without BKH’s written consent. Do not tailgate another vehicle through a barrier or otherwise enter or leave without paying.
8. Vehicles parked in breach. A vehicle parked in breach of these conditions, obstructing traffic, access, an emergency route or another vehicle, or left without a valid entitlement, may be wheel-clamped, towed, relocated or removed. Where it is reasonably practicable a warning notice will be affixed to the vehicle first. A release fee of RM100 is payable for the removal of a wheel clamp, being a genuine pre-estimate of the cost of attending to and releasing the vehicle, and any parking, towing, relocation and storage charges are payable in addition. BKH will use reasonable endeavours to release a clamped vehicle within two (2) hours of payment while the Car Park Management Office is open.
9. Abandoned vehicles. A vehicle left in the Car Park for more than fourteen (14) consecutive days without BKH’s written consent is treated as abandoned. BKH will give written notice to the registered owner at the address shown in the records of the Road Transport Department, will lodge a police report, and may move the vehicle to storage and hold it until all charges are paid. BKH will not sell or otherwise dispose of a vehicle except with the written consent of its owner or under an order of court.
10. Your responsibility for damage. You are responsible for damage you or your vehicle cause to the Car Park, its equipment, another vehicle or any property, and you indemnify BKH against any claim arising from your use of the Car Park.
11. Closure. BKH may close or suspend the Car Park or any part of it for repair, maintenance, upgrading, an emergency or by direction of any authority, and may refuse entry when the Car Park is full or on the direction of the authorities. No compensation is payable.
12. Personal data. Closed circuit television and licence plate recognition systems operate throughout the Car Park. Your personal data is collected, used and processed in accordance with BKH’s Privacy Notice. A short form notice is displayed with these conditions, and the full Privacy Notice is available at the Car Park Management Office and at www.verveshops.com.
13. Amendments and law. BKH may amend these conditions. The amended conditions take effect when displayed at the entrances to the Car Park. These conditions are governed by the laws of Malaysia and the parties submit to the non-exclusive jurisdiction of the Courts of Malaya.
PRIVACY NOTICE: CCTV AND LICENCE PLATE RECOGNITION
This Car Park is operated by Bukit Kiara Holdings Sdn Bhd (Company No. 200001017363 (519970-P)) (“BKH”).
Closed circuit television (CCTV) and licence plate recognition (LPR) systems operate throughout this Car Park. They may record your vehicle registration number, images of your vehicle and images of persons entering or using the Car Park.
BKH collects and processes this information for access control, parking administration and enforcement, security, payment and transaction records, the investigation of accidents, incidents and complaints, and compliance with the law and the requirements of the authorities. It may be disclosed to BKH’s employees and security personnel, its appointed operators and service providers, its insurers and legal advisers, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, the Royal Malaysia Police, the Road Transport Department and other relevant authorities.
Recordings are ordinarily kept for thirty (30) days, unless a longer period is required for an investigation, a claim or by law.
By entering this Car Park you consent to this collection, use and processing.
BKH’s full Privacy Notice, and the Conditions of Entry, are available at the Car Park Management Office at LG2 and at www.verveshops.com. To ask about, access or correct your personal data, contact the Data Protection Officer, Car Park Management Office, LG2, VERVE® shops, 8 Jalan Kiara 5, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, telephone 603-5020 7698, verveshops.carpark@bukitkiara.com.
⸻
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Tempat Letak Kereta ini dikendalikan oleh Bukit Kiara Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 200001017363 (519970-P)) (“BKH”) di bawah lesen no. DBKL.JPPP/02049/07/2026/TK01 yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dengan memasuki Tempat Letak Kereta ini, anda menerima Syarat-Syarat Kemasukan ini.
1. Kemasukan ialah lesen untuk meletak kenderaan, bukan penyewaan. Memasuki Tempat Letak Kereta memberikan anda lesen yang boleh dibatalkan untuk meletakkan satu kenderaan mengikut syarat-syarat ini. Ia tidak memberikan anda apa-apa kepentingan dalam tanah, apa-apa hak ke atas mana-mana petak tertentu dan apa-apa hak milikan eksklusif. Tiada bailmen timbul dan BKH tidak mengambil jagaan ke atas kenderaan anda atau apa-apa yang ada di dalamnya.
2. Kenderaan anda diletakkan atas risiko anda sendiri. BKH tidak berikrar untuk mengawal, mengawasi atau menyelia mana-mana kenderaan. Kehadiran televisyen litar tertutup, pengecaman plat lesen, palang, lampu atau kakitangan keselamatan bukanlah suatu ikrar sedemikian. Anda dinasihatkan supaya menginsuranskan kenderaan anda dan kandungannya. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda.
3. Liabiliti. BKH, pemilik Tempat Letak Kereta serta pekerja, ejen dan kontraktor mereka tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti ke atas kehilangan atau kerosakan mana-mana kenderaan atau kandungannya, atau ke atas apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang, yang timbul daripada penggunaan Tempat Letak Kereta. Ini tidak terpakai kepada kehilangan, kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja BKH atau pekerja atau ejennya. Tiada apa-apa dalam syarat-syarat ini yang mengecualikan atau mengehadkan apa-apa liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan di sisi undang-undang, termasuk liabiliti bagi kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaian, atau bagi fraud.
4. Caj. Caj tempat letak kereta ialah caj yang dipamerkan di pintu masuk dan di mesin bayaran automatik. Caj itu kena dibayar sebelum anda keluar. Setiap kadar dan setiap perubahan kadar dimaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tempat Letak Kereta ini menggunakan pengecaman plat lesen dan tiada tiket dikeluarkan. Sekiranya tiada rekod kemasukan bagi sesuatu kenderaan, caj blok pertama yang dipamerkan kena dibayar. Sekiranya Pihak Pengurusan berpuas hati bahawa ketiadaan rekod kemasukan itu berpunca daripada perbuatan atau peninggalan pemandu, caj kemasukan tanpa rekod yang dipamerkan kena dibayar sebaliknya. Perbuatan atau peninggalan pemandu termasuk memasuki Tempat Letak Kereta mengekori kenderaan lain tanpa kemasukan berasingan direkodkan, dan plat pendaftaran yang tiada, dilindungi, dicacatkan atau diubah, atau yang tidak sepadan dengan kenderaan itu. Palang tidak akan dibuka sehingga caj itu dijelaskan. Sekiranya pemandu mengemukakan bukti waktu sebenar kemasukan yang diterima oleh Pihak Pengurusan, hanya caj bagi tempoh itu kena dibayar.
5. Cara meletak kenderaan. Letakkan kenderaan di dalam petak bertanda sahaja, di dalam garisan, menghadap arah yang ditunjukkan. Jangan letakkan kenderaan di petak simpanan, di petak OKU tanpa mempamerkan kebenaran yang dikehendaki, di petak memunggah, di laluan kecemasan, di tanjakan, di lorong atau di mana-mana kawasan bertanda larangan.
6. Cara memandu. Patuhi had laju yang dipamerkan, semua tanda dan arahan lalu lintas, serta arahan kakitangan Tempat Letak Kereta. Beri laluan kepada pejalan kaki pada setiap masa. Pemandu hendaklah memiliki lesen memandu yang sah dan kenderaan hendaklah didaftarkan, diinsuranskan dan dicukai jalan dengan sah.
7. Larangan. Jangan membaiki, mencuci, menyelenggara atau membersihkan kenderaan di dalam Tempat Letak Kereta. Jangan menyimpan barangan. Jangan melepak, membuang sampah, merokok atau menjaja. Jangan menggunakan Tempat Letak Kereta sebagai tempat menunggu e-hailing, untuk urus niaga kenderaan, untuk pengajaran memandu atau bagi apa-apa tujuan komersial lain tanpa kebenaran bertulis BKH. Jangan mengekori kenderaan lain melalui palang atau selainnya masuk atau keluar tanpa membayar.
8. Kenderaan yang melanggar syarat. Kenderaan yang diletakkan dengan melanggar syarat-syarat ini, yang menghalang lalu lintas, akses, laluan kecemasan atau kenderaan lain, atau yang ditinggalkan tanpa kelayakan yang sah, boleh dikepit roda, ditunda, dipindahkan atau dikeluarkan. Sekiranya munasabah untuk berbuat demikian, notis amaran akan ditampalkan pada kenderaan itu terlebih dahulu. Fi pelepasan sebanyak RM100 kena dibayar bagi menanggalkan kepitan roda, iaitu anggaran awal yang benar bagi kos menguruskan dan melepaskan kenderaan, dan apa-apa caj tempat letak kereta, tundaan, pemindahan dan penyimpanan kena dibayar sebagai tambahan. BKH akan menggunakan usaha yang munasabah untuk melepaskan kenderaan yang dikepit dalam tempoh dua (2) jam selepas pembayaran semasa Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta dibuka.
9. Kenderaan terbiar. Kenderaan yang ditinggalkan di Tempat Letak Kereta melebihi empat belas (14) hari berturut-turut tanpa kebenaran bertulis BKH dianggap terbiar. BKH akan memberikan notis bertulis kepada pemilik berdaftar di alamat yang tercatat dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, akan membuat laporan polis, dan boleh memindahkan kenderaan itu ke kawasan penyimpanan serta menahannya sehingga semua caj dijelaskan. BKH tidak akan menjual atau selainnya melupuskan mana-mana kenderaan kecuali dengan kebenaran bertulis pemiliknya atau di bawah perintah mahkamah.
10. Tanggungjawab anda ke atas kerosakan. Anda bertanggungjawab ke atas kerosakan yang anda atau kenderaan anda sebabkan kepada Tempat Letak Kereta, kelengkapannya, kenderaan lain atau mana-mana harta, dan anda menanggung rugi BKH terhadap apa-apa tuntutan yang timbul daripada penggunaan Tempat Letak Kereta oleh anda.
11. Penutupan. BKH boleh menutup atau menggantung operasi Tempat Letak Kereta atau mana-mana bahagiannya bagi tujuan pembaikan, penyelenggaraan, peningkatan, semasa kecemasan atau atas arahan mana-mana pihak berkuasa, dan boleh menolak kemasukan apabila Tempat Letak Kereta telah penuh atau atas arahan pihak berkuasa. Tiada pampasan akan dibayar.
12. Data peribadi. Sistem televisyen litar tertutup dan pengecaman plat lesen beroperasi di seluruh Tempat Letak Kereta. Data peribadi anda dikumpul, digunakan dan diproses mengikut Notis Privasi BKH. Notis ringkas di Bahagian B dipamerkan bersama syarat-syarat ini, dan Notis Privasi penuh boleh didapati di Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta dan di www.verveshops.com.
13. Pindaan dan undang-undang. BKH boleh meminda syarat-syarat ini. Syarat-syarat yang dipinda berkuat kuasa apabila dipamerkan di pintu masuk Tempat Letak Kereta. Syarat-syarat ini dikawal oleh undang-undang Malaysia dan pihak-pihak menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif Mahkamah di Malaya.
Versi Bahasa Inggeris Syarat-Syarat Kemasukan ini dipamerkan bersebelahan versi ini. Sekiranya terdapat percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.
NOTIS PRIVASI: CCTV DAN PENGECAMAN PLAT LESEN
Tempat Letak Kereta ini dikendalikan oleh Bukit Kiara Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 200001017363 (519970-P)) (“BKH”).
Sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan pengecaman plat lesen (LPR) beroperasi di seluruh Tempat Letak Kereta ini. Sistem tersebut boleh merakam nombor pendaftaran kenderaan anda, imej kenderaan anda dan imej orang yang memasuki atau menggunakan Tempat Letak Kereta.
BKH mengumpul dan memproses maklumat ini bagi tujuan kawalan akses, pentadbiran dan penguatkuasaan tempat letak kereta, keselamatan, rekod pembayaran dan transaksi, penyiasatan kemalangan, insiden dan aduan, serta pematuhan undang-undang dan kehendak pihak berkuasa. Maklumat ini boleh didedahkan kepada pekerja dan kakitangan keselamatan BKH, pengendali dan penyedia perkhidmatan yang dilantiknya, penanggung insurans dan penasihat undang-undangnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak berkuasa lain yang berkenaan.
Rakaman lazimnya disimpan selama tiga puluh (30) hari, melainkan tempoh yang lebih lama dikehendaki bagi sesuatu siasatan, sesuatu tuntutan atau oleh undang-undang.
Dengan memasuki Tempat Letak Kereta ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pemprosesan tersebut.
Notis Privasi penuh BKH dan Syarat-Syarat Kemasukan boleh didapati di Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta di LG2 dan di www.verveshops.com. Untuk bertanya, mengakses atau membetulkan data peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data, Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta, LG2, VERVE® shops, 8 Jalan Kiara 5, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, telefon 603-5020 7698, verveshops.carpark@bukitkiara.com.
⸻
DISCLAIMER
Vehicles and their contents are parked at the owner’s risk. Bukit Kiara Holdings Sdn Bhd is not responsible for the loss of or damage to any vehicle or any property left in it.
Kenderaan dan kandungannya diletakkan atas risiko pemilik. Bukit Kiara Holdings Sdn Bhd tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan mana-mana kenderaan atau apa-apa harta yang ditinggalkan di dalamnya.
